top of page

Seni cetak di Malaysia: realiti dan impresi

Additional Information

seni cetak di malaysia.jpg
file1.jpg

Description

Penyusunan artikel yang berkisar mengenai seni cetak ini adalah suatu usaha untuk mengetengahkan dan memartabatkan kembali bidang seni cetak tempatan yang seringkali dilihat sebagai seni pinggiran. Persoalan-persoalan yang berkisar mengenai bidang seni cetak ini diutarakan dan dibincangkan bagi melihat kembali peranan dan kepentingannya sebagai salah satu cabang seni visual tempatan yang penting. seni cetak seringkali berdepan dengan realiti dalam bentuk peralihan demi peralihan, yang bergerak seiring dengan kemajuan teknologi serta citarasa seni semasa yang peka dengan tuntutan zaman. Elemen impresi melalui praktis yang diamalkan di dalam seni cetak telah menjadi pokok perdebatan secara konseptual dan praktis, diantara persoalan pengekalan sifat tradisionalnya atau perlunya peralihan ke arah mengikut kecenderungan citarasa seni semasa.

bottom of page