SENI CETAK
Oleh Juhari Said Saya masih ingat lagi bila ibu ‘melepaskan’ kami bermain. Biasanya kami bermain dengan apa sahaja yang ada disekeliling kami. Dari upih pinang, batang buluh, daun atau biji getah, segalanya boleh dijadikan barang permainan. Aktiviti ini boleh dilakukan di mana sahaja, suasana menjadi lebih meriah bila hujan turun lebat dan kawasannya pula dipenuhi lumpur. Jika dalam sungai, sebaiknya selepas hujan, bilamana air sungai menjadi lebih dalam serta jernih dan se