Seni cetak – Kerja asasi yang menyimpang arah
Oleh Juhari Said *penulisan merupakan ulasan untuk buku bertajuk – Teknik Seni Cetak oleh Latiff Mohidin. Seni cetak bermula apabila manusia ingin berkongsi maklumat, gambar atau tulisan dengan ciri dan rupa yang sama. Dari kemurnian ini datang pula keinginan berkomunikasi. Dari itu manusia mula berfikir untuk mencipta berbagai medium berkesan untuk tujuan tersebut. Sejarah seni cetak bermula sangat lama sejak 3000 tahun dahulu di Sumeria, dengan membuat kesan gurisan diatas