Oleh Mohd Jamil Mat Isa
Seni cetak sepintas lalu
Definisi mudah untuk cetakan ialah proses teknikal untuk menghasilkan imej pada permukaan melalui plat atau blok yang membenarkan seorang pelukis menghasilkan karya cetakan berulangkali. Apabila kita memperkatakan bidang seni cetak, ianya berkait rapat dengan persoalan teknik, proses atau kaedah penghasilannya. Terdapat empat kategori besar dalam seni cetak hari ini, cetak-tinggi (relief print), cetak-dalam (intaglio), cetak-saring (serigrafi) dan kini digital juga telah diterima sebagai medium seni cetak.
Cetakan merupakan antara medium seni yang terawal berfungsi untuk tujuan penyebaran pelbagai maklumat atau mendokumentasikan pelbagai peristiwa, acara dan sebagainya. Beberapa proses perlu dilakukan sebelum sesuatu cetak-dalam dihasilkan seperti penyediaan plat, melukis atau membuat sebarang tanda (mark) untuk mendapatkan imej diatas plat, selepas itu plat perlu dimasukkan kedalam cecair (asid nitric untuk plat zink) supaya garisan atau tanda dihasilkan (bitten). Seterusnya proses mengaplikasikan dakwat cetak keatas plat dan kerja-kerja mencetak dilakukan mengikut proses sepertimana yang ditetapkan.
Teknik cetak-dalam dikatakan bermula di Jerman sejak abad ke 15, lanjutan dari aktiviti pertukangan logam dan cetakan atas kertas pertama terhasil pada 1430an (Griffiths, Antony 1996). Dalam kontek sejarah seni cetak Malaysia, cetakan bermula seawal tahun 1930an di Pulau Pinang. Sebelum itu ianya berfungsi sebagai illustrasi penerbitan ketika era awal industri percetakan di Negeri-Negeri Selat (Jamil Mat Isa, 2017).
The Poker Game. Gurisan asid (garisan & akuatin) atas kertas Incisioni, 28 x 45.5 cm, 1976
Comentarios